Sejarah Penubuhan

Kenali Isma Kuala Lumpur

TARIKH PENUBUHAN
29 November 2010 (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia)

KAWASAN AWAL
Bermula di kawasan Lembah Pantai dan sekitar Petaling Jaya

JAWATANKUASA ASAL
Yang Di-Pertua : Ustaz Muhammad bin Ismail
Naib Yang Di-Pertua : Dr Osman bin Md Rasip
Setiausaha : Mohd Amal Asrol bin Omar
Bendahari : Amzar Hafifi bin Abd Ghafur

PERKEMBANGAN TERKINI
ISMA KL kini mempunyai dua buah pejabat urusan di Pantai Dalam yang masing-masing mula beroperasi sejak Mei 2013 dan April 2018. Sehingga kini ISMA KL bergerak aktif menganjurkan program di tiga kawasan utama iaitu Pantai Dalam, Cheras dan Damansara. Sehingga penggal pertama 2018, ISMA KL mempunyai ahli berdaftar seramai 720 orang.

Image module

VISI

Membangunkan kekuatan Tamadun Islam di Malaysia berasaskan keadilan bersama.

MISI

Membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi.

OBJEKTIF

  • Memantapkan kefahaman ahli serta masyarakat bagi melahirkan pimpinan di masa depan.
  • Mengangkat kesedaran peri-pentingnya pembinaan keluarga.
  • Membentuk remaja ke arah membangunkan potensi intelektual, fizikal dan spiritual.
  • Membimbing pemuda menjadi individu Muslim berketrampilan dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
  • Menyedia, menerbit dan menyalurkan maklumat-maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarakat melalui saluran media yang dibenarkan.
  • Mewujudkan pusat-pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio-ekonomi ahli dan masyarakat.
  • Membantu masyarakat dari segi kebajikan dan aspek kemanusiaan.

SLOGAN

“MEMBANGUN UMAT BERAGENDA”
“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”

HUBUNGI

+6011 2903 1391
Encik Hisham

LOKASI

A-3a-08, Pantai Bussiness Park,
Jalan Pantai Baharu, 59200, Kuala Lumpur.